Khamis, 18 Disember 2008

The First Love

Cinta adalah suatu yang sangat indah.

Cinta adalah suatu yang sangat bermakna.

Cinta adalah suatu yang sangat istimewa.

Dan...

Cinta adalah suatu yang penuh dengan rasa...

Semakin hari, Cinta itu akan terasa walau dengan apa cara sekalipun. Sayang, rindu, marah, benci, cemburu... Cinta ada di situ!
Cintaku kepada insan yang aku sayangi, mungkin tidak dapat kuungkapkan kepadamu, sebab aku tidak punya apa-apa bakat yang boleh memberitahu rasa hatiku kepadamu. Apa yang kupasti, Cintaku kepadamu itu adalah sangat jujur dan ikhlas.

Cerita Cintaku kepadamu bermula demikian...

18 November 2008. (Lebih kurang pukul 8.30 malam)
"Malam ini aku menerima SMS daripada orang yang aku tidak kenali. Persoalan demi persoalan timbul di minda, siapakah yang mencuri masuk ke dalam kotak mesej ku ini! Aku melayan si penghantar SMS, dan dalam beberapa ketika berkenalan, baru kutahu yang si penghantar SMS itu adalah kenalan ku di sebuah laman web! Hatiku cukup berbunga apabila masih ada yang sudi berkenalan kepadaku walaupun mungkin tidak akan dapat bertemu.
Perbualan itu terhenti seketika disebakbkan aku ada hal yang perlu aku bereskan bersama teman-temanku! Si penghantar SMS yang sudi berkenalan dengan aku itu, aku terlupakan seketika."
19 November 2008. (Lebih kurang pukul 2 pagi)
"Aku menerima SMS daripada si penghantar yang sudi berkenalan dengan aku. Hatiku berbunga kembali. Aku membalas SMS itu dan tiba-tiba dia ingin bercakap dengan aku. Seketika kemudian, perbualan antara aku dengan si penghantar SMS itu berlangsung. Tanpa disedari atau mungkin sengaja tidak menyedari, perbualan itu berlangsung selama sejam empat puluh lima minit! Perbualan yang sangat panjang untuk perkenalan yang tidak seberapa lama! Namun aku gembira dengan perbualan itu..."
21 November 2008. (Malam)
"Sekali lagi aku menerima panggilan daripada si penghantar SMS. Seperti selalu, aku sangat gembira apabila si penghantar SMS ini berbual dengan aku. Aku mengaku, kelmarin (20 November 2008) dia tidak menghubungi aku ataupun menghantar SMS kepadaku, dan ketika itu ada suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan... Aku rindu pada suaranya!
Kebetulan aku sedang bermain dengan gitar semasa si penghantar SMS (Mungkin aku perlu menyatakan namanya kerana aku sudah berkenalan dengan dia- Ed) inimenghubungi aku. Dengan tidak sengaja juga, dia menyatakan hasrat untuk mendengar aku menyanyikan sebuah lagu. Aku tidak pandai sangat bermain sebenarnya, namun untuk tidak menghampakan dia dan juag untuk memanjangkan masa perbualan itu, aku menyanyikan dia sebuah lagu yang aku minati! Sehabis aku menyanyikan lagu itu, dia memuji aku dan menyatakan yang suara aku sedap didengar! Aku berterima kasih dengan pujian itu!"
25 November 2008. (Malam)
"Kalau aku diberi peluang untuk menulis buku sejarah, mungkin peristiwa hari ini akan kumasukkan dalam buku itu! Hari ini merupakan hari yang sangat indah dan sangat bersejarah dalam hidupku!
Sebelum menamatkan perbualan pada malam itu, mungkin hatinya perasan yang hatiku dipenuhi suatu rasa yang sangat... Aku meluahkan perasaanku kepadanya malam ini! Dan apa yang menyebabkan hari ini sangat bersejarah ialah, apabila dia memberitahu yang dia MENYUKAI aku! Rasa yang bermain didadaku akhirnya meletus dengan perlahan, aku juga MENYUKAI dia! Bukan setakat itu, AKU MENCINTAI DIA!!"
Cinta itu ada di mana-mana.
Cinta itu tidak mengenal siapa.
Cinta itu mewarnai segala.
Dan...
Cinta itu aku sudah terima.
Mungkin hal ini tersangat aneh apabila difikirkan semula. Percintaan ini dimulakan dengan SMS dan perbualan telefon sahaja. Aku tidak pernah mengenali dia dan apatah lagi bertemu dengan dia. Tapi apabila perasaan hati sudah berkata, aku sangat yakin yang aku tidak ditipu dengan hati ini! Aku sudah memberikan CINTAku kepadanya, dan apa yang kuharapkan, biarlah rasa CINTA ini terus menjadi ikatan antara aku dan dia.
To My Lover,
I LOVE YOU SO MUCH...